M.E.W

Kenapa Abang Jilat??

Comments
Kisah Penyesalan Seorang Suami Terhadap Isterinya

Kisah Rumahtangga ada pelbagai warna,terpulang kepada kita untuk mencorakkan rumahtangga yang di bina bersama.

" Kenapa Abang Jilat?? " itu lah perkataan yang akan di ingati oleh seorang suami terhadap bekas isterinya,penyesalan demi penyesalan harus di tanggung kerana dia sebenarnya telah melepaskan seorang wanita atau isteri yang terlalu baik buat dirinya,mari kita ikuti kisah Mazlan(bukan nama sebenar) yang kini hidup dalam penuh penyesalan.

Aku mengahwini Maira atas dasar suka sama suka,cinta sama suka,namun hatiku cepat benar berubahnya apabila aku dan dia telah membina ikatan rumahtangga.


Pada awal perkahwinan,kami tiada masalah langsung dalam rumahtangga,segalanya berjalan lancar.

Namun masalah yang aku cipta sendiri telah membuatkan perhubungan aku dan isteri menjadi hancur!

Aku suka bersosial di laman sosial,tidak kira samaada di facebook,wechat dan sebagainya.


Di laman sosial terdapat ramai gadis-gadis yang membuatku jatuh cinta dan lupa bahawa aku telah punya seorang isteri.


Aku berkenalan dengan ramai gadis di laman sosial,tidak cukup berchatting di laman sosial,adakalanya kami bertukar-tukar nombor.


Pernah sekali,sewaktu aku sedang mandi,isteriku mengangkat beberapa kali panggilan dari gadis-gadis kenalan ku.


Namun Maira  hanya mampu bersabar dengan situasi seperti itu..

"Abang,.maira tak kisah abang mahu berkawan dengan sesiapa sekali pun,tapi jaga batas-batas ya,maira ni isteri abang",..hanya itu saja yang mampu maira luahkan serta menasihati aku.


Namun,aku tidak mempedulikan kata-kata maira,lebih lama sikap ku menjadi semakin teruk terhadap maira.


"Awak kalau tak angkat panggilan telefon tak boleh ke?jangan di sentuh Hp saya lagi lepas ni!.."aku memarahi maira,dia hanya tertunduk dengan wajah sedih.

Setelah sekian lama,aku menjadi begitu seronok pula untuk bertemu,tidak cukup berhubung di telefon dengan kenalan-kenalan ku,aku rasa lebih seronok bertemu,Linda merupakan seorang gadis yang baik dan selalu menghubungiku,sikap nya yang sering mengambil berat walau dia tak lakukan seperti mana yang maira isteriku lakukan terhadapku namun,hatiku berasa jatuh cinta terhadap linda.


Aku akui,maira isteriku amat bertanggungjawab didalam rumahtangga,apabila aku pulang dari bekerja dia akan membuka pintu dengan senyuman sehinggakan stokin ku pun mahu di bukanya,bayangkan betapa baiknya maira terhadapku walaupun semalam hatinya terluka atau sedih esoknya pasti dia tetap akan sambut ku dan melayan karenahku.


Suatu hari,....

"Abang,cincin ni untuk maira ke,terima kasih abang,cantik!maira suka!!" Berbunga hati maira apabila terjumpa cincin di dalam bekas cincin dalam kocek seluarku sewaktu dia mahu mencuci pakaianku,dia kira aku mahu lakukan kejutan.

Aku merampas cincin tersebut dari tangan maira!

"Jangan sentuh!ni bukan untuk awak!cincin ini untuk kawan saya!awak faham?dah pergi!,.."

Hancur hati maira!malu pun ada mendengar kata-kata aku ketika itu.


"Abang,kalau saya ada buat salah saya minta maaf,.saya cuba jadi isteri yang baik buat abang..tapi,.."luah maira belum sempat dia menghabiskan kata-katanya itu aku memotongnya..

"Tapi apa?eh!menyusahkan betul lah kau ni nak membebel pulak!aku nak keluar  ni! Jangan macam-macam !aku mengherdik tanpa perasaan bersalah.

"Tak apalah abang,andai maira ni menyusahkan abang,.maira akan per....."

"Ha elok sangat lah tu,pergi lah mana kau nak pergi!bosan aku hadap muka kau je di rumah ni!"bawa banyak sikit pakaian kau tu!secara tiba-tiba saja aku memotong lagi kata-kata maira tadi dengan kata-kata yang lebih dasyat!

"Baik abang,.saya akan pergi,.kalau itu boleh buat abang bahagia dan gembira,tapi abang jangan jilat balik kata-kata abang ini..maafkan saya abang,halalkan makan minum saya selama ni..."balas maira,sambil berlalu pergi menuju ke bilik nya dari arah bilik air utama...

Tidak lama kemudian aku melihat maira membawa beg pakaian lalu menghampiriku untuk bersalam,namun aku menolaknya lantas dia bangun dan keluar dari rumah kami.


Fuh!!lega...bebas aku rasakan dunia ni lepas maira tiada di rumah...

Jam 8 malam aku ada temujanji dengan linda,katanya ada hal mahu bertemu.

Kami berjumpa di sebuah restoran di ibukota.

"U,.i ada benda nak cakap dengan u..." ujar linda sewaktu kami sedang menjamu selera.


"Ya,u cakap lah apa yang u nak cakap tu,."balasku,telefonku tak henti-henti berbunyi hingga aku menutup telefon di dalam poketku kerana mahu fokus bersama Linda.

"Sebenarnya,i dah lama bertunang u,memang i tahu i tak terus terang,tapi masa tu i ada masalah dengan tunang i,jadi i cuba cari someone untuk buat i happy..sekarang i dengan tunang sudah pun berbaik..i.minta maaf ya u..." kata-kata linda seakan pedang menghiris jantungku!!aku bagai tidak percaya dengan kata kata linda sebentar tadi.

Baru saja aku mahu membalas kata kata linda tadi,tiba tiba aku di datangi seorang lelaki.

"Lan!kami call kau banyak kali tak angkat lepas tu kau tutup Hp!puas kami caru kau lan nasib baik anak aku ni nampak kereta kau di sini!" Lelaki itu adalah abang kandungku sendiri,dia bercakap dalam nada yang sangat cemas!


"Kenapa Long??"soal ku,sudah lah aku bengang dengan linda,sekarang entah apa pula,aku kira mesti ibu dan ayah ku telah sampai ke kota dan abang long ku mahu mak dan ayah ku tinggal di rumahku kerana abang long ku sibuk dengan bisnes restorennya.


"Maira ,isteri kau kena langgar!dia datang rumah aku minta maaf semua sebab dia kata kau nak dia keluar dari rumah,cepat betul dia datang lepas tu dia keluar dari rumah aku entah macam mana ada motor bawa terlalu laju!"jelas abang long!

Aku berasa terkejut! Serentak dari itu juga aku tinggal kan linda untuk ke hospital bersama abang long ku.


"Kamu suami nurhumairah?bawa bertenang ya,.doakan buat arwah isteri kamu,dia baru saja mengehembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi akibat kehilangan banyak darah dan kepalanya luka teruk.."ujar seorang doktor melayu bernama Zamri..

Kata-kata doktor itu benar-benar membuatkan aku berasa sedih,..menyesal sekali!..

Nasi sudah jadi bubur,maira pergi tinggalkan aku betul-betul!...

Perginya seorang isteri yang taat kepadaku,yang terbaik buatku....


Aku berdosa terhadap isteri ku maira...penyesalan ini tidak akan lenyap dari jiwaku hingga sekarang walau ia telah berlaku 5 Tahun!..

"Maira,.....maafkan abang....."

Begitulah kisah yang berlaku terhadap Mazlan seorang suami yang merasa sangat menyesal atas perbuatannya yang kejam terhadap isterinya Maira.


Sesungguhnya,HARGAILAH Insan di sekeliling kita,lebih-lebih lagi insan yang menghargai diri kita,yang boleh terima seribu keburukan kita.

Jangan menyesal di kemudian hari pada apa yang kita sengaja tidak mahu kita hargai.

Moga kisah ini kita jadikan panduan,kepada yang sudah berumahtangga,jangan jadikan laman sosial sebagai tempat untuk menjahanamkan Rumahtangga anda sendiri,berbatas lah dalam setiap perkara.

Laman utama