M.E.W

Perkembangan Terkini Aktress Berbakat Besar Jue Aziz

Comments

Kemana Aktress Jue Aziz Menghilang???


Pasti para  Peminat Jue Aziz atau nama sebenar Zuliana  Bte Abdul Aziz tertanya-tanya kemana beliau menghilang,apabila kelibat Aktress yang merupakan Pelakon Wanita Popular Malaysia ini menghilang dari aktiviti seni secara tiba-tiba dan menimbulkan tanda tanya kepada peminat tegar Jue Aziz.

Rata-Rata peminat Jue Aziz yang pernah membintangi Filem Hantu Bonceng  membuat spekulasi apabila jue aziz mahu meninggalkan bidang seni selepas berkahwin.


Foto Jue Aziz Terkini


Namun spekulasi itu tidaklah benar sama sekali,Jue aziz belum lagi mahu bersara dalam bidang seni yang di perjuangkan selama berada di pentas sebagai anak seni,dari awal pembabitan beliau sebagai anak seni.

Dek kerana banyak melihat komen-komen daripada peminat Jue Aziz tentang kehilangannya dalam industri,maka Media eWriter berjaya menjejaki Jue Aziz dan bertanyakan perkembangan terkini beliau.

Menurut Jue Aziz,Beliau akan muncul Dalam Filem Terbaru " Mat Moto Otai"
di jangka akan menggegarkan pawagam pada 06 Oktober 2016 ini,Tentu sekali bagi anda yang merindukan Lakonan Jue Aziz Boleh datang beramai-ramai ke pawagam berhampiran anda bagi menyaksikan Filem Hebat terbaru untuk tahun 2016 ini.

Dan mengenai perkembangan lain beliau,kini beliau menguruskan perniagaan Tudung,anda boleh mencari Hastag #jueazizcreation Di Instagram dan untuk mengikuti perkembangan dan aktiviti Jue Aziz Boleh Follow Instagram : @jueaziz22_official .

Teruskan menyokong perjalanan anak seni yang berbakat besar ini,bercakap tentang bakat,admin amat berpuashati dengan setiap hasil mutu lakonan Jue Aziz,kerana setiap watak yang di berikan dijiwai sepenuh hati hingga dirinya berada pada setiap watak yang di berikan.

Para peminat drama serta filem tempatan juga mengharapkan agar,Jue Aziz aktif kembali seperti dulu,dan apabila di ajukan soalan tentang karier seninya,Jue Aziz menambah "itu semua adalah bergantung kepada pihak stesen tv,InshaAllah,Rezeki Pasti ada".


Maka dengan tersiarnya artikel berkaitan Aktress terkenal Jue Aziz ini,maka segala persoalan tentang kehilangan Jue Aziz dalam industri seni sudah terjawab,Beliau masih tetap mahu meneruskan karier seninya dan sudah pasti akan melakukan yang terbaik buat Industri seni dan juga para peminat yang amat di hargai dari dulu hingga kini menyokong perjalanan karier seni beliau.

Kepada stesen tv,ini bukti bahawa peminat drama dan filem amat merindukan hasil kerja seni Bintang Jue Aziz yang amat berbakat besar dalam industri ini.

Semoga industri Drama Dan Filem Malaysia lebih terus maju jaya dan di doakan juga agar Jue Aziz berjaya di dalam industri ini.

P/S:suka dengan sikap Jue aziz yang lemah lembut dan menghormati,serta yang pastinya beliau amat di senangi dan di sayangi oleh para peminat.


Jangan Lupa Saksikan Filem yang bakal menyengat di pawagam berjudul "Mat Moto Otai" di jangka akan menggegarkan di pawagam pada 06 Oktober 2016 ini

Laman utama