M.E.W

kisah Anak Derhaka Hilang Segalanya Sekelip Mata Akibat Abai Dan Buang Ibu Kandung

Comments

Kisah Anak derhaka telah banyak kita dengari,tidak kira samada dari sumber bacaan artikel,majalah mahupun yang pernah kita dengari dari  mulut ke mulut.

Dalam Islam diwajibkan seorang anak itu taat kepada kedua ibu bapanya, mereka wajib menghormati ibu bapanya, tidak boleh bersikap kasar terhadap kedua orang tua mereka.

Tetapi ada juga anak-anak yang lupa daratan, mereka ini adalah tergolong dari anak-anak yang tidak tahu menghormati ibu bapa mereka. Sikap mereka yang kasar sering membuat hati ibu bapa mereka terluka dan terguris.


Sekadar Foto Hiasan

Anak Derhaka Bukan saja wujud pada zaman kini,malah sejak berzaman lagi,pelbagai kisah yang kita dengar dan untuk kali ini sebuah kisah Anak Derhaka Hilang segalanya Sekelip Mata Akibat Abai Dan Buang Ibu Kandung.


Kisah ini seperti yang di ceritakan oleh seorang pembaca blog ini yang menghantar email kepada team Media eWriter,mari sama-sama kita selami kisah ini.


Namaku Razif,Berusia 38 Tahun,di usia semuda 25 tahun aku sudah berjaya membina empayar perniagaan!namun masih ku ingat susah payah kami sekeluarga,terutama ibu dan arwah ayah yang telah banyak berkorban untukku agar dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.


Takdir dan rezeki.


Sewaktu aku di tahun akhir untuk mengambil ijazah,seorang usahawan ternama telah membuatku anak angkat keluarganya,beliau kagum dengan semangat dan prestasi  pembelajaranku.


setelah mendapat ijazah,bapa angkatku mengambilku bekerja di syarikat besarnya,gembira bukan kepalang aku ketika itu,dapat tinggal di rumah mewah,di hadiahi sebiji kereta mewah malah gaji yang di tawarkan kepada ku belas ribu!gila tak??memang gila bagi anak muda seperti aku yang secara mendadak mendapat semua itu.


Aku menunjukkan prestasi yang baik kepada ibu dan bapa angkatku,kasihan mereka kerana walau harta setinggi gunung tetapi mereka tidak memperoleh rezeki cahaya mata,.banyak cara mereka  cuba ikhtiarkan namun sehingga kini tiada rezeki mereka lagi.


Berbalik pada kisahku,Semakin hari aku semakin leka dengan kesenangan sehingga aku lupa ibu kandungku di kampung!Aku bukan tidak tahu,ibu ku hidup susah,wang sesen pun aku tidak kirim kan.


Dek kesibukkan menguruskan syarikat di tambah jika habis waktu bekerja,aku lebih suka menghabiskan masa bersama teman-teman,apalagi!hari hari joli,hari hari perempuan lah!!


Takdir mengatasi segalanya,suatu hari ibu dan bapa angkatku terbabit dalam kemalangan jalanraya dan paling menyedihkan apabila kedua-duanya meninggal dunia.


Aku tidak tahu aku harus rasa bertuah atau tidak Kerana segala harta telah di wasiatkan kepadaku!


Aku menjadi semakin angkuh apabila aku telah berjaya menduduki kerusi CEO Syarikat bapa angkatku.


Ibu di kampung halaman aku lupakan!padahal puas ibuku bertanya kepada rakan-rakan sebayaku bagaimana keadaan aku.


Apabila terserempak dengan rakan sekampungku,cepat-cepat aku segera melarikan diri,tak kuasa aku mahu bertemu mereka,nanti mesti mereka hendak pinjam wang,maklum sajalah aku kan dah hidup senang sekarang.


Entah bagaimana suatu hari,sedang aku parking kereta di sebuah pusat membeli belah aku terlihat satu susuk tubuh yang aku kenali!


Dari jauh aku perhatikan,semakin dekat pandanganku,semakin jelas wajah itu!ya itu Ibuku!!!,...


Apa dia buat di sini!?


Sedang aku memerhatikan dari jauh tiba-tiba belakang badanku di tepuk!


"Alhamdulillah,jumpa juga kau di sini,tu mak kau dah dua hari dia ajak aku datang sini semata-mata nak cari kau,rindu benar dia pada kau,."


Rupanya Khaidir Rakan sekampungku yang membawa ibu kemari!


Hendak tak hendak,aku "terpaksa" bertemu ibu juga,.aduh,.dah lah pakai comot,.jika ada yang lihat aku yang berpakaian kemas begini atau para pekerjaku perasan situasi ini,habis malu aku!


"Nak,.kemana kau menghilang nak,.mak rindu kan kau,." luah ibuku takkala bertemu dengan ku


"Maaf mak,saya sibuk sangat,nak berjaya memang tak lari dari kesibukan,.mak balik dulu,nanti saya pulang kampung ya,."balas ku sambil mengeluarkan segenggam note kertas RM50 dan menyerahkan pada ibu,.


belum sempat khaidir berkata sesuatu kepada ku,aku meminta diri dengan tergesa-gesa lalu menuju ke kereta dan segera ku pandu kereta berlalu pergi dari pusat membeli belah itu.


3 Tahun kemudian,..


Aku tidak tahu khabar ibu di kampung,.dengan kesibukkan aku menguruskan syarikat,di tambah badan yang sejak akhir-akhir ini tidak sihat membuatkan aku benar-benar lupa pada ibu.


Suatu hari,aku merasa betul-betul tidak sihat,kepala ku berat,tangan dan kaki ku juga berasa berat!


Belum sempat aku mahu pergi ke klinik sendiri,para staff ku yang terpaksa menghantarku ke klinik kerana aku tiba tiba saja pengsan.


Di hospital,apabila aku terjaga,ku rasakan badan semakin lemah,..dan aku berasa pelik mengapa aku gagal menganggangkat kedua belah tangan dan kaki??


Aku menjerit seorang dan tidak lama kemudian aku di datangi dua wanita serta seorang lelaki berpakaian seragam hospital.


"Sabar encik,harap encik bertenang,..kami mendapati saraf tangan dan kaki encik sudah lagi tidak berfungsi dan akan membuatkan encik lumpuh,.."jika encik ada ahli keluarga,boleh berikan kami nombor telefon mereka? soal doktor lelaki itu


"Ahli keluarga?aku hanya ada ibu,..." bisikku sendiri,.


Memang aku akui terlalu pahit untuk aku terima berita ini,namun apalagi yang boleh aku lakukan?


"Tolong pergi ke alamat ini,dia ibu saya,."balasku ringkas dalam kesedihan menerima berita buruk itu..


Maka hilanglah dunia enjoy aku!aku sudah tidak mampu berjalan lagi!!atau menggerakkan tangan,.aku umpama Tiang eletrik!!


Dua hari kemudian,..


Hampir menitis airmataku ku takkala melihat wajah ibu dan rakan sekampungku datang ke bilik wad yang aku di tempatkan.


Hendakku peluk-peluk ibu,namun tanganku tak berupaya ibu,.aku hanya mampu meraung menyebut nama ibu,.


"Siapa ibu kau??aku sudah lama mati anak!!!kau lihat diri kau sekarang!anak tak mengenang budi,.jangan panggil aku ibu lagi!! tengking ibu dengan suara kasar,.terlihat betapa geramnya dia terhadap perangai anak lupa diri itu,.


Ibu berlalu keluar begitu saja dari bilik wad,sedangkan aku terasa mahu mengejar ibu,tetapi,..kaki ku tak boleh bergerak,.......


"Bro,.. tolong aku broo,.."aku meminta bantuan khaidir untuk membawaku kepada ibu,.


"Apa Bro?Bro?Aku dah kahwin dengan mak kau jadi,.kalau ikutkan aku ni bapak kau tahu!tapi tengok perangai kau ni,memang tak lah!!k lah bro,.wa chaww dulu,..



Terkejut aku mendengar pengakuan dari mulut khaidir,rupanya dia telah berkahwin dengan ibu ku????arghh aku semakin tertekan dan emosi aku menjadi tak menentu sejak itu!


Aku hampir gila!!hidup aku hilang! syarikat tak terurus!!


Dugaan menimpa,syarikat ku di isytiharkan bankrap!!aku bagai tidak percaya!! segalanya telah berlaku,..


Tidak perlu aku beritahu lagi bagaimana keadaanku selepas itu,memang satu kehancuran segala-galanya,.

Aku sangat menyesal atas perbuatanku terhadap ibu!


inilah balasan terhadapku kerana telah mengabaikan ibu,lupa diri serta pernah membuang ibu dari hidup aku,..


Maafkan aku Ibu,.Ampuni Aku,...



Begitulah kisah Anak Derhaka Hilang Segalanya Sekelip Mata Akibat Abai Dan Buang Ibu Kandung,.


Pembaca sekalian,hargailah insan bergelar ibu,pengorbanannya terhadap kita tiada harga atau harta yang besar mampu di sama kan dengan pengorbanan seorang ibu.


Jangan Jadi Anak Derhaka,.Jaga pertuturan,tingkahlaku kita agar kita terhindar dari gelaran anak derhaka.


Kisah Anak Derhaka Berhenti di sini,Di lain masa penulis akan membawakan lebih banyak lagi kisah menarik yang boleh di jadikan iktibar dan tauladan.




Laman utama