M.E.W

Kisah Seram Arwah Tunangku,.

Comments
Kisah-kisah seram seringkali kita tonton dan baca,hanya sekadar hiburan atau mengisi masa lapang,namun di sebalik semua itu,kita sebagai manusia biasa tidak lari dengan di ganggu oleh jin dan iblis yang sentiasa mahu menyesatkan kita dan menghuru harakan manusia.

Untuk segmen kisah seram kali ini,media ewriter berkongsi sebuah kisah benar yang di emailkan oleh seorang pembaca setia blog ini,admin memohon maaf kerana agak lewat menyiarkan artikel beliau kerana admin sibuk menguruskan masa depan,.Chewahh,Baiklah tanpa membuang masa mari kita ikuti kisah seram yang di hantar oleh saudara Muaz Dari Kapar,Klang.


Kisah Seram-Sekadar Foto Hiasan
 Namaku Muaz,Sudah Bertahun aku merantau ke ibukota besar ini,kampung asalku di ngeri kelantan darul naim,Mulanya aku malas mahu merantau,buat kerja kampung pun lumayan juga,tapi atas sebab baru putus tunang,aku mengambil keputusan merantau dan meninggalkan kampung halamanku.


Jika aku tidak buat begitu,mahu hari-hari tentu arah aku di buatnya,hendak ke sana,hendak ke sini pasti teringatkan bekas tunangku.

Oh ya!bercerita tentang tunang,mengapa aku putus tunang?jawapannya,..inilah yang menjadi persoalan apabila keluarga tunangku memutuskan pertunangan kami secara tiba-tiba,apabila aku dan keluarga meminta penjelasan,pihak tunangku memberi jawapan tidak masuk akal,.."Tiada jodoh"!

Aku hendak berbincang baik-baik dan bertemu dengan tunangku,mereka tidak izinkan,.hendak buat macam mana?terpaksa terima walau itu sangat menyakitkan bagi aku!

Di Ibu kota,aku menyewa sebuah rumah,siang dan malam aku bekerja,siang kerja pejabat,sebagai kerani am,malamnya pula aku buat part time bekerja di gerai makan yang juga milik rakan serumahku,.

Memang elok sangatlah dari aku duduk termenung mengenangkan nasib,lebih baik aku bekerja siang dan malam.

Kisah seram bermula,...........................................

Suatu hari sewaktu aku sedang mengemas gerai tempatku bekerja,waktu itu lebih kurang jam 2 pagi,memang gerai ini di tutup pada jam 2 pagi setiap hari.

Aku mengemas gerai seperti biasa,sementara jidin,rakanku yang juga pemilik gerai ini sedang sibuk menulis barang-barang untuk di beli keesokkannya setelah selesai membuat pengiraan untung berniaga hari ini.

Tiba-tiba,...

Mataku tertumpu pada satu susuk tubuh yang sedang berjalan berseorangan di seberang jalan sana,.

Aku mengamati susuk tubuh tersebut dan setelah ku amati,susuk tubuh itu milik seorang gadis,..

Semakin lama semakin mendekat,...

Aku masih memerhatikan lagi gadis itu,..

Tapi,apabila gadis itu semakin dekat denganku,..

Bagai nak gugur jantungku!!!!


"Azrina!!!!",..

MasyaAllah,...rupanya susuk tubuh gadis tadi adalah azrina,bekas tunangku!!

"Abang,....ina rindu abang,...................." tutur azrina dengan nada sebak,matanya bergenang air mata,..

Begitu juga denganku,..

Kerinduan terhadap azrina yang telah lama ku pendam kan!!

"ina,...kenapa ina putuskan pertunangan kita??kenapa ina,.." mengalir airmata jantanku malam itu!aku dah tak kisah jika ada yang melihat aku menangis,bagi aku,aku terlalu rindukan azrina bekas tunangku,..


"Maafkan ina abang,.abang tak kan mengerti,bukan kehendak ina,.tapi,.........sekarang ina ada dengan abang",.jelas azrina,sesekali aku terlihat jari mulusnya mengesat airmata yang mengalir di pipi gebunya itu.

"Maksud ina,ina lari rumah dan cari abang hingga ke sini??soalku ingin tahu walaupun azrina tidak menjelaskan mengapa pertunangan ini di putuskan tetapi lebih elok aku tidak menyentuhnya lagi,jalan terbaik adalah berkata untuk segala apa pada hari ini,mungkin kami boleh mengikat tali pertunangan kembali.


"Ia abang,ina terlalu rindukan abang,.ina di sini kerana abang,."jawab ina ringkas,.

Aku masih bagai tidak percaya!setelah bertahun-tahun kami putus tunang,kini azrina berada di hadapanku,.

Kami berbual panjang!sehingga tidak sedar yang jidin sudah balik dulu!!tak guna punya kawan,sekurang-kurangnya beritahulah nak balik!

ni kalau Jabatan Agama Islam Nampak ni,tak pasal-pasal kena tangkap basah pula,.sudah lah azrina lari rumah,tup-tup kena tangkap basah pula,masak aku kena belasah dengan abang-abang azrina yang sungguh sado itu!

"Abang,....Abang,.........." tanpa ku sedari azrina dari tadi memanggil namaku,

Ishh,.si jidin punya pasal lah ni,sampai hilang fokus aku nak berbual dengan Azrina,.

"ina kena balik dulu lah ya,dah lewat sangat ni,.esok kita jumpa lagi,waktu yang sama,.boleh?" soal azrina

"Boleh ina,abang betul rindukan ina ni sangat-sangat,nak jumpa siang pun boleh abang tak kisah,tapi waktu rehat abang lah,maklum saja abang kerja pejabat,."jawabku sambil memberi senyuman manis yang sudah lama tidak ku ukir di bibir ini.


"Ina cuma boleh jumpa malam saja sebab ina kerja dengan mak saudara ina,abang tahulah kalau ina keluar waktu bekerja memang teruk ina kena marah nanti " jelas Azrina sambil membalas senyumanku.


Kami pun pulang ,kerana hari sudah lewat  malam,.

Keesokkannya dan hari-hari seterusnya,.aku lalui dengan begitu bahagia sekali,mana kan tidak azrina sudah ada di sisi ku kembali!

"Amboi muaz,...makin lama,makin berseri maca bulan penuh aku tengok muka kau ni,tahulah tengah angau bercinta,.."usik jidin dari belakangku,.

Terkejut aku di buatnya,orang tengah berangan,si jidin ni kacau pulak,.


"Biasalah din,.buah hati pengarang jantung dah ada,mahu aku tak angau nya,.Hahaha,.." balas ku,.

"Ni muaz,..aku malam ni nak keluar tau,kau jagakanlah kedai sampai tutup sebab aku kena balik rumah pak sedara aku tu,sakit,.semua barang dan masakan dah siap tinggal kau nak jualkan je,." ujar jidin sambil tangannya menghulurkan beberapa not kertas sebagai roll modal hari itu.

Jam menunjukkan sudah 12.30 tgh malam,yang bagusnya,ina macam tahu-tahu saja aku sunyi tiada jidin yang boleh ku berborak di kedai,.

"Hi abang",.sapa ina dengan senyuman manis kepadaku,bau perfume yang di pakainya,cukup mengoncang deria idungku membawa ke otak dan itu aku panggil bauan angau!!haha what ever!tapi ina memang wangi lain dari yang lain,adakah dia memakai perfume Paris?Dior? oh tak kuasa aku nak bertanya,nampak sangat aku pelik nanti,.

"Awal ina datang jumpa abang ni,rindu ya?"usik ku,.kemerahan pipi ina menahan malu,ina memang gadis pemalu,dengan aku je kadang dia boleh jadi gila-gila sikit.

"mesti lah rindu abang ni,..oh ya abang,ina nak beritahu,esok ina dah nak kena balik kampung tau,mak dan ayah dah rindu tu,.."ujar ina,.

"Oh,esok ina balik kampung ya?rindulah abang nanti,err,...ina,...ina beritahulah pada keluarga ina,abang akan datang merisik semula ya,.." ujarku bersungguh-sungguh,.memang ini keinginan aku,dan aku harapkan aku dan ina dapat di jodohkan.

"Ina dah beritahu mereka nanti abang datanglah rumah ya,ina tunggu di kampung"balas azrina dengan nada lembut

Kata-kata azrina benar-benar membuatkan aku bersemangat sekali!

korang tahu apa jadi???Selang dua jam azrina pulang ke kampung halamannya,aku pula menyusul pulang ke kampungku,kampung azrina dan kampungku hanya bersebelahan saja,.

"Kau biar betul muaz,mereka dah reject pertunangan kau dengan ina,sekarang kau nak kami pergi merisik semula ke???jangan muaz,maruah kita ni muaz nak di gadai-gadai pada orang",.sungguh lantang kata-kata yang keluar dari mulut ayahku,ibu hanya memandang kami berdua sewaktu aku berbincang dengan kedua ibu bapaku tentang hasratku itu.

Segala nya di permudahkan,dan akhirnya kedua ibubapaku dengan di temani beberapa jiran termasuk aku,bertolak ke  kampung sebelah untuk merisik kali kedua azrina yang ku cintai.


lebih kurang 35 minit kami pun sampai ke rumah azrina,keluarga azrina tetap menjaga adab termasuk kami dan di pelawanya kami masuk ke dalam rumah.

"Macam ni pak bakar,kami datang kemari untuk merisik azrina kembali,katanya azrina beritahu keluarganya meminta kami datang merisik,sebab itu kami datang,besar harapan kami jika dapat menyambung kembali ikatan kedua belah pihak,."

"Nanti dulu,..apa yang kamu cakapkan ni??kami tak faham???kamu semua datang nak merisik azrina??baik,.......tunggu sebentar,..

Entah kenapa pak bakar ayah azrina tiba-tiba bangun dan masuk ke satu bilik,tidak dapat di pastikan itu biliknya suami isteri atau bilik azrina,.

"Kamu semua lihat ni,.."ujar pak bakar sambil tangannya menghulurkan satu sijil dan juga satu buku diari berwarna kuning.

Masa itu aku lihat ibuku hendak pitam!dan ayahku menggigil memegang sijil itu,..ish kenapa pula ni??

aku yang duduk di satu sudut bingkas bangun dan melihat sijil yang ada di tangan ayahku,..

MASYAALLAH,......................................

Tergamam aku seketika,..................


Aku terkejut melihat sijil kematian yang tertera nama azrina,..oh tidakk!!!!!!!!!!!!!!ini mungkin satu penipuan!!

Aku bingkas bangun dan masuk ke setiap bilik di dalam rumah ina,..

Namun aku langsung tidak menemui azrina!!kemana azrina??apakah memang betul azrina sudah meninggal??

Masa itu aku rasa hidup aku betul-betul gelap!!

Aku di tenangkan oleh keluargaku dan keluarga azrina,..

"Sabar nak,..bukan kami tidak mahu memberitahu tetapi itu adalah permintaan terakhir arwah ina,.."cuma dia minta pakcik menyerahkan buku ini" pujuk pak bakar sambil menyerahkan sebuah buku sperti diari.

Menurut kata pihak keluarga ina,ina kemalangan jalanraya,dan waktu itu ina nampak seperti tiada apa-apa,sehinggalah beberapa hari selepas itu,ina meninggal dunia,dan dari awal sehingga lah ke akhir nafasnya,ina hanya berpesan rahsiakan kejadian ini walau apapun yang berlaku ke atas dirinya selepas ini dan permintaanya agar menyerahkan buku diari itu.


Malam itu ,badanku berasa berat sekali,............kepala ku kebingungan!!

berapa lama aku dan ina tak berjumpa,..

apabila berjumpa pula,...

ini yang berlaku,..

aku tidak dapat bayangkan hari-hari yang aku lalui bersama ina sebelum ini,.patutlah ina betul-betul berkeras tidak mahu berjumpa pada waktu siang,dan aku juga pelik kerana abang jidin selalu memerhatikan aku,..


menurut abang jidin,dia selalu melihat aku bercakap seorang diri,tapi abang jidin fikir aku sedang bercakap di telefon,..dan abang jidin pula memang pelik dengan sikap muaz,kerana apabila tiba lewat malam,dia melihat muaz seringkali membawa dua gelas air keluar dan letak di atas meja,fikirnya mungkin sebab muaz malas nak buat air untuk di minum berkali kali waktu mahu menelefon,lantas di biarkannya saja dan pulang ke rumah meninggalkan muaz keseorangan di gerai miliknya.

Dengan apa yang berlaku ini,aku tetap bersyukur kerana tidak pula bertemu dengan makhluk yang bukan-bukan yang tidak sanggup untuk kita lihat atau jumpa,korang sendiri faham apakah itu,..


Cuma rasa seram itu tetap ada,..

manakan tidaknya,..


Azrina telah meninggal dunia,tetapi dia bertemu denganku ,...

kalau berlaku pada kalian???



Begitulah kisah seperti yang di ceritakan oleh saudara muaz kepada admin media ewriter,semoga kisah yang di paparkan kali ini tidak terbawa-bawa ke dalam mimpi,.

Semoga bertemu kembali untuk segmen kisah seram  seterusnya.

Teruskan setia bersama kami.

ANDA MAHU SERVIS PENULISAN ARTIKEL UNTUK BLOG DAN BISNES ANDA??

Laman utama