M.E.W

Kisah Seram Gadis Jelmaan Di Pusat Peranginan Terkenal Tanah Tinggi

Comments

Pernahkah anda membayangkan akan mengalami peristiwa yang paling menyeramkan di dalam hidup anda?Untuk kisah kali ini penulis mahu berkongsi dengan anda semua pengalaman seram yang di alami sendiri oleh penulis beberapa tahun yang lepas,sebelum penulis membabitkan diri di dalam dunia penulisan ini.

Pengalaman seram di ganggu jelmaan iblis/Jin di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkenal itu tidak akan dapat di lupa kan sampai bila-bila.


Kisah Seram Gadis Jelmaan Di Pusat Peranginan Terkenal Tanah Tinggi
Aku menerima tawaran bekerja di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkenal,di sana aku memulakan tugas sebagai housekeeping hotel terkemuka di situ,Dengan gaji yang lumayan dan persekitaran kerja yang tenang dan menyeronokkan membuat kan aku benar-benar gembira dapat berkhidmat serta mencari rezeki di sini.

Beberapa bulan berlalu,memang lumayan gaji yang ku terima,dapatlah aku menghantar wang belanja buat keluarga di kampung halamanku.

 Kisah seram Bermula,.................................

Masih ku ingat lagi waktu kejadian paling menyeramkan ini berlaku,ketika di awal bulan Ramadhan,..

Suatu hari,aku memulakan tugas seperti biasa,.

Aku Mengemas setiap bilik yang telah di berikan kepada setiap housekeeping,.

Satu persatu bilik aku tinggalkan setelah selesai mengemasnya,.

Tiba bilik pertengahan,..

Seperti biasa,aku masuk dan menanggalkan kain cadar dan sarung bantal dan di tukar baru,setelah selesai,aku membuka tingkap yang ada di di dalam bilik itu.


Kemudian aku Menggilap Cermin hiasan berhadapan tingkap hotel itu,sedang aku asyik menggilap cermin hiasan itu lah,berkali-kali aku perasan ada sorang gadis yang sama asyik lalu di luar tingkap bilik yang ku kemas itu,Dan ya,...ku pasti gadis itu berbangsa cina dan memakai pakaian seakan baju cheongsam moden!

Aku tidaklah menghiraukan sangat gadis yang mundar mandir di luar tingkap hotel tingkat 8 tempat ku bertugas pada hari ini.

Setelah selesai menggilap cermin hiasan itu aku beralih  ke cermin tingkap bilik pula,..................


Foto:Sekadar hiasan Kredit Foto- www.zonaunik.com Sewaktu tiba ti tingkap bilik itu lah secara tiba-tiba meremang bulu roma ku apabila aku mula menyedari bahawa aku kini bertugas di tingkat 8 hotel itu,...



Bagai nak pengsan aku apabila memikirkan bagaimana seorang gadis boleh berjalan di luar tingkap hotel ini sedangkan tiada apa apa yang boleh di pijak di luar tingkap hotel!!

Mengucap panjang aku ketika itu,..

Aku memalingkan wajahku ke dalam bilik!!

Tahukah kalian apa yang aku nampak????






ketika wajah ku berpaling ke dalam bilik,mataku fokus terlihat gadis yang ada di luar bilik ini,sudah pun berada di tepi bilik air bilik itu sambil merenung tajam diriku!!!!

Waktu itu,..nak gugur jantung ku!!

Wajah gadis yang cantik itu tak semena-mena bertukar hitam menggerikan sert hilang mata,hidung dan mulut!!

Dan yang pasti,...

Di dalam bilik hotel itu telah di selubungi bau yang amat kuat dan busuk sekali!!!!

Secara spontan aku kaki ku berlari keluar bilik hotel itu,..

waktu itu aku sudah tak terfikirkan lagi semua barang-barang yang aku tinggalkan di bilik itu,..

Aku benar-benar panik!!

Sehingga ke tahap aku tidak nampak lif!!


Paling mengejutkan apabila kaki ku berlari sangat laju umpama berlari di atas angin!!

Memang pelik!!aku tidak nampak lif tetapi kaki ku spontan berlari ke tangga kecemasan hotel itu ,...

Dan aku pun tidak menyangka bahawa aku yang sangat lemah bersukan ini dapat menuruni lapan anak tangga hanya dalam masa kurang 5MINIT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sampai saja di lobi hotel pandangan ku kabur!!! semakin lama semakin samar!!

Dan aku,..................................


Pengsan,...............................






Sedar-sedar saja aku sudah pun berada di bilik hostel ku,.dengan di temani dua orang housemate ku,..

Entah bagaimana,mata ku tertumpu ke luar tingkap hostel yang aku diami!!

Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati,Gadis yang menyeramkan ku lihat di hotel tempat ku bertugas kini berada di luar tingkap hostel ku pula!!

Aku menjerit-jerit bagai nak gila!!!

Aku tidak ingat apa yang berlaku selepas itu,.

Namun,housemate ku memberitahu,aku terkena HISTERIA!!!


Aku kembali pulih setelah seorang ustaz di bawakan khas untuk memulihkan ku,..

Selepas dari itu,aku mengambil keputusan berhenti kerja di situ,dan pulang ke kampung halaman ku,..


Begitulah kisah seram yang pernah aku alami sebelum ini,.

Walaubagaimana pun,ini bukan lah kali pertama aku melalui pengalaman yang menyeramkan!

Untuk kisah seterusnya,aku akan kongsikan kisah pengalaman kali kedua yang menyeramkan!

Masih di lokasi yang sama,...........

Cuma kedatanganku ke situ bukan lah untuk bekerja,..

Tetapi untuk Bercuti,...

Nak tahu kisah selanjutnya???tunggu minggu hadapan dan teruskan setia bersama Media ewriter Media Paling sensasi 2016!

Untuk segmen kisah seram di blog ini,Media eWriter berkolaborasi bersama Starlive Malaysia bersama VJ Ayie dalam segmen Kisah Seram Malam Keliwon.

Anda dapat saksikan segmen live  on air dalam segemen Kisah Seram Malam keliwon Channel VJ Ayie pada setiap Khamis malam jumaat pada jam 10 pm.

Sama sama saksikan segmen secara live ini,.


Laman utama