M.E.W

Misteri Kayu Penghadang Bergerak Di Melaka Akhirnya Terjawab

Comments
Kecoh seketika di laman maya apabila satu rakaman yang merakamkan dua penghadang kayu di dalam sebuah masjid bergerak sendiri dan menimbulkan pelbagai persoalan orang ramai.

Sehubungan dengan itu di petik dari Akhbar Kosmo, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengesahkan kejadian pelik penghadang kayu yang bergerak di sebuah masjid di Kampung Tedong disebabkan oleh faktor angin dan keadaan fizikal.



Misteri Kayu Penghadang Bergerak Di Melaka Akhirnya Terjawab


Ketua Penguat kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, menerusi siasatan awal yang dibuat di lokasi, penghadang kayu tersebut boleh bergerak sendiri kerana ia mempunyai roda dan diletakkan di ruang terbuka.

"Pihak JAIM telah menjalankan siasatan di masjid tersebut dan kami mendapati penghadang kayu itu boleh bergerak sendiri apabila angin kuat kerana ia mempunyai roda.

"Selain itu, permukaan lantai yang licin juga adalah faktor utama penghadang kayu tersebut mudah bergerak mengikut arah angin," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan kewujudan jin dan terdapat golongan jin yang berupaya meminda atau menggerakkan benda secara fizikal.

"Terdapat golongan jin yang boleh menggerakkan barang iaitu jin Ifrit. Jin ini juga boleh menjelma sebagai manusia dan mengeluarkan api seperti yang berlaku pada zaman Nabi dan Rasul.

"Selain jin Ifrit, ada juga jin-jin lain namun golongan itu tidak begitu kuat dan kebiasaannya mengganggu manusia dengan bunyi guli dan mengetuk," katanya ketika ditemui selepas operasi Ops Ramadan di Jasin di sini sebentar tadi.-sumber:kosmo

kredit:k!Online

Laman utama