M.E.W

Resepi Bebola Milo Yang Super Umphh

Comments
Bulan-Bulan puasa ni ramai juga yang buat kuih,tak kurangnya juga yang buat kuih tunjuk tunjuk jer,maklum lah ada yang berkerjaya  kan,mesti ada yang dah terasa kehangatan nak menyambut syawal tiba,dan terfikir juadah dan kui apa akan di hidangkan buat para tetamu,Resepi paling simple dan sedap yang anda boleh cubanya sebagai makanan kudapan anda bersama keluarga,Bukan setakat hari raya,hari-hari pun memang terangkat dapat makan bebola milo ni,nak tahu resepinya?

Untuk kali ini  ini kami ingin berkongsi kepada anda Resepi Biskut Bebola Milo  yang di ambil di majalah yang boleh membuatkan saya lapar iaitu Majalah Saji memang banyak resepi menarik dan sedap ada.



Imej:Biskut Bebola Milo



Bahan-bahan:

60 gm mentega
60 gm gula kastor
60 gm serbuk badam atau gajus
3 sudu besar serbuk milo
Sedikit esen vanila
2 sudu besar jem (sebarang perasa)
Serbuk kek (lebihan kek yang dihancurkan) secukupnya (sebarang perasa)
Coklat urai berwarna-warni

Cara menyediakan:

1. Putar mentega dan gula sehingga berkrim.

2. Campurkan esen vanila, serbuk kek, milo, serbuk badam dan jem.

3. Gaul rata hingga menjadi doh.

4. Bulat-bulatkan dan golek ke dalam coklat urai.

5. Masukkan bebola ke dalam mangkuk-mangkuk kertas.

6. Bolehlah dihidangkan.

Amacam?simple je kan resepi Bebola Milo,Selamat Mencuba!

Laman utama