M.E.W

Resepi Mudah Original Brownies

Comments
Selamat Berpuasa Kepada Semua,Raya Semakin Menghampiri,,sudahkah anda membuat persiapan pada hari raya anda nanti?atau merancang menu apakah yang akan anda hidangkan di hari raya ini,kami ingin kongsikan kepada anda Resepi Mudah Original Brownies ini sungguh simple dan sedap,hanya 7 bahan saja di perlukan dengan langkah penyediaan yang sangat mudah! anda boleh merasai keenakkan Original Brownies ini Dengan membuatnya sendiri.



Teringat sewaktu Hari Raya Tahun yang sudah,apabila ada ramai tetamu yang datang untuk beraya,oleh kerana pada masa itu sudah masuk Hari Raya ke 5 maka stok kuih pun mula susut,dan masa itu penulis teringat resepi yang Simple dan mudah untuk di sediakan iaitu Brownies,cuma penulis menambah kismis almond.



Untuk kali ini,penulis ingin kongsikan kepada anda Resepi Original Brownies  yang mudah untuk di sediakan:

BAHAN-BAHAN;:

100 gm coklat
130 gm mentega
250 gm gula
4 biji telur
130 gm tepung
5 gm serbuk penaik
50 gm badam/walnut

CARA MENYEDIAKANNYA:

1. Masak coklat dengan mentega menggunakan kaedah double-boiler.Sejukkan
2.Pukul gula dan telur sehingga kembang
3.Masukkan coklat yang telah dimasak tadi ke dalam adunan.

4.Masukkan tepung dan serbuk penaik

5.Akhir sekali masukkan badam atau walnut

6.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180'C selama 40 minit.

Dah Pun siap,semoga anda dapat mencubanya untuk hidangan hari raya yang istimewa,.

Sumber :sajionlines

Laman utama