M.E.W

Anak Hantu Menantu Hantu

Comments
Topik Anak Hantu Menantu Hantu ini mungkin lebih seram dari kisah kisah hantu yang pernah kita dengari sebelum ini.

Kerana hantu yang akan di paparkan pada kali ini adalah merupakan permasalahan dalam kekeluargaan yang sangat menyakitkan apabila menghadapi situasi ini,apa kaitan anak hantu menantu hantu??jom terus kan bacaan anda.


Media ewriter

Pernah kah anda dengar isu isu anak atau menantu perlakukan ayah/ibu/mertua bak hamba abdi??

Media ewriter pasti anda mungkin pernah terdengar akan isu isu sebegini tidak kira samaada didalam keluarga mahupun yang telah berlaku terhadap insan insan di sekeliling kita.

Bukan saja ibu,ayah mahupun mertua yang menghadapi situasi begini yang terkesan dengan situasi ini malah mungkin adik beradik mahupun saudara mara yang lain juga akan merasa makan hati atau geram dengan perlakuan itu.


Anak Hantu Menantu Hantu ini sering di umpama kan apabila tergamak membuat ibu,ayah mahupun mertua mereka bak bibik dan paling teruk ada yang tak ubah di perlakukan seperti khadam oleh anak menantu.

Tolong jangan kecam Media ewriter dengan isu sensasi yang panas ini,buka mata dan perhatikan di sekeliling kita,percayalah bahawa isu ini benar benar terjadi atau berlaku tidak kira di dalam keluarga kita mahupun di sekeliling kita.


Tergamak kah kita menyuruh atau mengharap kan ibu,ayah atau mertua ini memasak untuk kita dan pasangan??

Tergamak kah kita menyuruh atau mengharap kan ibu,ayah atau mertua ini mencuci pakaian untuk kita dan pasangan??

Tergamak kah kita menyuruh atau mengharap kan ibu,ayah atau mertua ini membersihkan rumah untuk kita dan pasangan??

Tergamak kah kita menyuruh atau mengharap kan ibu,ayah atau mertua ini bekerja untuk kita dan pasangan??sementara kita bersenang lenang menjadi BIG BOSS goyang kaki.

Media ewriter percaya anda mungkin tidak sanggup untuk melakukan itu semua demi kasih nya kita kepada kedua orang tua kita atau mertua kita.

TETAPI,.Percayalah masih ada manusia yang hipokrit,ego,pentingkan diri sendiri tergamak melakukan semua ini ke atas kedua ayah ibu dan mertua mereka!

Apakah manusia manusia yang di beri akal fikiran begini tidak pernah terfikir atau setidaknya merasa malu dengan perlakuan mereka ini?

Terkadang lebih dasyat perangai manusia jenis ini apabila bukan hanya menyusahkan kedua orang tua mereka malah mendatangkan kesan psikologi terhadap adik beradik lain yang melihat perlakuan adik beradik mahupun ipar mereka bersikap begini.


Mungkin ada yang menghadapi permasalahan begini dan semestinya ada yang mampu menyelesaikan isu ini,namun tidak kurang ada yang terpaksa memendam rasa,makan hati apabila takut untuk menengur anak hantu menantu hantu begini kerana bimbang akan merenggangkan tali persaudaraan.


Akan tetapi,jika kita tidak mengatasi masalah anak hantu menantu hantu yang sentiasa feeling macam boss syarikat antarabangsa,maka kasihan kepada ibu ayah serta mertua yang di perlakukan seperti hamba abdi.

Mari kita lihat sikap kita kepada ibu ayah dan mertua kita,adakah kita ini layak bergelar anak/menantu yang baik atau anak menantu dengan perangai hantu??MasyaAllah minta di jauhkan lah kita dari berhati kejam begini terhadap orang tua atau mertua kita.

Jangan cipta dosa kepada mereka dengan memperlakukan mereka seperti hamba abdi anda.

Cukup sudah mereka ini melahirkan kita,membesarkan kita,menjaga kita,berkorban kepada kita,tidak kira ibu atau ayah kandung mahupun mertua mereka tetap orang tua kita yang wajar kita hormati dan sayangi dengan sepenuh keikhlasan.


Amat memalukan jika ada yang menegur  kita di sebabkan kita memperlakukan kedua orang tua  umpama hamba abdi,manusia jenis ini patut malu semalu malu nya bukan hanya pada manusia yang menegur mereka malah kepada Allah SWT Yang Maha Melihat Perlakuan hambanya.

Anak Hantu Menantu hantu ini lahir hanya di sebabkan oleh sifat seperti PEMALAS,PENTING DIRI,LUPA DIRI.

Secara keseluruhannya,amat amat tidak wajar memperlakukan ibu,ayah dan mertua bak hamba abdi.

Kita sepatutnya yang lebih muda mengerahkan tenaga kita yang lebih muda dari mereka untuk membantu mereka,bukannya mereka yang patut menjaga kita,melainkan kita ini bergelar OKU..

Media ewriter juga pernah melihat bagaimana seorang anak OKU yang tiada berdaya tetapi penuh semangat mahu membantu ibu dan ayah nya,ini lah realiti,tak kan pula kita yang sihat walafiat ini tak boleh lakukan lebih dari OKU lakukan??tidak malu kah anda yang punya tenaga,sihat tubuh badan,tidak cacat anggota tetapi kita gagal untuk uruskan diri sendiri.

Makan bertanggung,pakaian ibu ayah cuci dan segala gala nya umpama seperti tangan dan kaki sudah kudung!cek kembali anggota tubuh badan kita,berfungsi atau tidak??jika berfungsi itu tanda kita harus lah berkhidmat untuk kedua ibu ayah dan mertua kita,bersyukur lah anggota tubuh badan masih sihat,masih boleh berfungsi.


Jadi sebelum Media ewriter menutup tirai bagi topik Anak Hantu Menantu Hantu ini,maka ambil lah manfaat dari isu dari topik ini,orang tua kita adalah mereka yang banyak berjasa kepada kita dan kita sebagai anak menantu wajar berbakti pula kepada kita dan bersyukur kepada Yang Maha Kuasa Kerana kita adalah insan yang di beri kelebihan dengan di kurnia kan kesihatan tubuh badan yang baik,anggota tubuh badan yang tidak kurang dan berfungsi dengan baik,maka jangan di sia sia kan.

Akhir kata,Usah Cipta Dosa dengan memperlakukan ibu ayah mahupun mertua bak Hamba Abdi.

Semoga kalian yang membaca artikel Ini berbahagia dan menjadi anak anak yang soleh dan solehah,sila kongsikan perkongsian ini untuk manfaat bersama sesama kita agar dapat menghindari dari bersikap Anak Hantu Menantu Hantu.

Laman utama