M.E.W

Kisah Seram Carmila Pangku Siapa??

Comments

Di suatu senja,Carmila melalui satu jalan kecil dan lengang untuk pulang ke rumah sewanya dari tempat kerja.

Hari itu,dia bekerja shif pagi dan mengambil o.t,dek kerana rakan sekerja yang juga housemate nya telah pulang awal,maka dia terpaksa pulang menaiki bas dan harus berjalan kaki untuk memasuki kawasan rumah yang di sewanya itu sejak 2 tahun lalu.


Kisah seram-foto sekadar hiasan

Begitulah rutin Carmila apabila rakan sekerja nya tidak mengambil o.t,maka dia harus pulang bersendirian.

Tetapi kali ini,pengalaman yang di lalui oleh carmila,tidak pernah terbayangkan dalam hidupnya.

Sebuah kisah seram yang tak mungkin akan di lupakan sampai bila-bila.


Ketika menyusuri jalan kecil dan lengang untuk sampai ke rumah sewanya itu,Carmila berasa tidak sedap hati,perasaan takutnya itu muncul secara tiba tiba!

Entah mengapa perasaan takut itu timbul sedangkan sebelum ini,dia langsung tidak merasa perasaan sedemikian.

Carmila mempercepatkan kakinya melangkah sambil memeluk beg kerja yang sentiasa di bawa bersama ke tempat kerja.


Dalam perjalanan pulang itu,
Sesekali Carmila meliarkan mata ke kiri dan kanan jalan,adakalanya dirinya terasa bagai di ekori,lantas carmila menoleh ke belakang,namun tiada apa apa yang meragukan.

"Ah,.mungkin perasaan aku je ni,." Bisik Carmila sendiri di dalam hati.

Langkah Carmila semakin laju!hinggakan dia berasa tak jejak kaki nya ke tanah..

Dalam pada dia berasa takut,di cuba nya kuatkan hati dan di lemparkan jauh-jauh perasaan takut sedari tadi.


TIBA-TIBA,....

Langkah Carmila terhenti!apabila melihat sekujur tubuh di tengah jalan dalam suasana yang serba kabur pada senja itu,.

"Eh,.siapa ni?apa dah berlaku??"soalnya sendiri,.

Lalu,dia mendekati sekujur tubuh yang di lihatnya itu,.

MasyaAllah,..mak leha!!!

Rupanya yang terbaring itu adalah mak leha yang di kenalinya,tinggal di kawasan berdekatan rumah sewanya.

Carmila segera mengangkat mak leha lalu di pangkunya kepala mak leha di atas peha.

Dalam keadaan panik,Carmila mencari telefon bimbitnya untuk menelefon rakan serumahnya yati untuk memberitahu keadaan mak leha dan meminta bantuan.

"Hello,.yati hang kena mai sini jalan keluar kt simpang rumah kita sekarang!!" Pesan carmila di hujung talian apabila yati housemate nya mengangkat panggilan darinya.

"Awatnya hang ni mila hang kena kacau budak jahat ka?? Soal yati ingin tahu..

"Ish hang ni datang jelah,ni ha aku jumpa mak leha dok terbaring tengah jalan ni,.hang mai cepat sikit!!" Jelas carmila

"Hang biaq betoi mila,.mak leha baru meninggal dunia petang tadi,masa aku balik kerja tadi orang dah kebumi dia,.eksiden kata orang..hang ni mila seram aih,." Meremang bulu roma yati mendengar kata kata carmila tadi,.

Mana kan tidaknya,sewaktu pulang dari kerja tadi,dia singgah di kedai dan dari situ dia di beritahu mak leha meninggal kerana kemalangan,namun dia tidak tahu di mana lokasi mak leha eksiden.

"Hello mila??mila???!!"eh mana pulak mila ni senyap pulak dia"

Yati segera memanggil seorang lagi housemate mereka bernama ina dan memberitahu apa yang berlaku lalu mereka berdua menaiki kereta bersama untuk mencari carmila yang tiba tiba senyap di hujung talian tadi.


MILA!!!! Jerit yati dari dalam kereta yang di pandu ini.

Akhirnya mereka menjumpai Carmila yang telah terbaring tidak jauh dari rumah sewa mereka.

Yati dan ina segera mengangkat Carmila dan di letakkan ke dalam kereta untuk di bawa pulang.

Carmila pengsan dan tidak sedarkan diri,hingga membuatkan yati dan ina terpaksa memanggil jiran berdekatan untuk meminta bantuan!


Keesokkannya,Carmila demam panas,mungkin terkejut dengan apa yang berlaku senja semalam.

Mengikut kata orang,tempat laluan yang carmila terlihat tubuh mak leha,di situ lah tempat Arwah mak leha eksiden semalam.


Seminggu berlalu,demam Carmila masih tak kebah!dan membuatkan keluarganya di kampung mengambil keputusan untuk membawa carmila pulang ke kampung halaman.

Di kampung,Carmila adakalanya menangis secara tiba tiba,adakalanya di ketawa sorang diri,ianya berlanjutan selama beberapa bulan!

Akhirnya,Carmila berjaya di ubati oleh seorang Ustaz,mengikut kata ustaz,carmila lemah semangat dan mengalami satu gangguan jiwa akibat dari kejutan kejadian yang di alami oleh Carmila.


Kini Carmila telah pun berkahwin dan di kurniakan dua cahaya mata kembar,namun yang pasti kejadian dia memangku "arwah mak leha" yang telah meninggal dunia,memang tidak akan di lupa kan sampai bila bila.

Apakah anda pernah mengalami kejadian yang menyeramkan dalam hidup anda?


Laman utama