M.E.W

Kisah Seram Siapa Raya Rumah Aku?

Comments

Ish,.tak sabar betul rasa hati nak pulang beraya di kampung halaman getus mazlan sendiri di dalam hati..

Sudah agak lama juga dia tidak pulang ke kampung halamannya,seingat dirinya sudah 4 tahun berlalu dan bermakna empat kali raya juga dia tidak pulang ke kampung halaman apatah lagi mahu menghubungi ibu bapanya di kampung.

Maklum sajalah dia sangat sibuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini..




Entah apa khabar lah ibu dan ayah?sesekali persoalan itu timbul di benak hatinya,.

Hendak menelefon kedua orang tua nya,mana datangnya telefon rumah di kampung..

Hendak menulis surat??Ahh,..tak daya,nak tulis lagi nak pos lagi nak tunggu balas lagi,tapi jika tulis pun siapa lah yang nak baca kan,mana lah ibu bapa aku tahu membaca..

Petang itu,selesai saja shif dia bekerja,di pandunya kereta pulang terus ke rumah.

Ini kerana pada tahun ini,dia mendapat cuti hari raya selama satu minggu.

Bukan main tak sabar lagi mazlan untuk pulang berhari raya.

Sesampainya di rumah,tidak sempat mandi,dia terus mengemas barang-barang yang ingin di bawanya pulang ke kampung.

"Eh,.surat apa pula ni?"sedang leka mazlan mengemas barang2 nya tiba tiba dia terjumpa beberapa keping surat.

"Ah..time ni lah nk jmpa surat,.malas betul nak baca" Akhirnya mazlan menyumbatkan sekali surat surat yang di jumpainya itu ke dalam beg,fikirnya lebih baik dia baca surat itu di kampung kerana masa sudah semakin suntuk kerana pada awal paginya dia akan bergerak pulang ke kampungnya.

Waktu yang di nanti kan,selesai solat subuh,mazlan memulakan perjalanan pulang ke kampung seorang diri,memandangkan semua rakan yang menyewa di rumah itu berlainan negeri.

Setelah melalui perjalanan selama 7 jam,akhirnya mazlan mengukir sebuah senyuman paling macho apabila kereta yang di pandunya telah sampai ke perkampungan tempat dia di lahirkan dan di besarkan.

Sewaktu melalui kawasan perkampungan itu,banyak yang telah berubah!kini ada kedai kedai batu,klinik lebih moden dan lain lain.

Cuma apabila sampai di kawasan rumahnya yang terletak jauh di hujung kampung,keadaan masih tidak berubah,.

Atap rumah tempat dia di besarkan semakin berkarat,.keadaan sekeliling tetap tak berubah.

Mazlan mengenepi kan semua yang di lihatnya tadi kemudian keluar dari kereta sambil mengeluarkan barang2 yang di bawa pulang bersama.

"Assalamualaikum,.mak..oo mak..ayah..."

Bukan main kuat lagi suara mazlan memanggil kedua orang tua nya,namun dia berasa agak pelik kerana panggilannya tidak bersahut oleh kedua orang tuannya.

"Mana diaorang ni?agaknya ke kebun kot?"soal mazlan sendiri di dalam hati.

Melihatkan keadaan pintu rumah yang tidak berkunci hanya tertutup rapat saja dia tanpa banyak soal masuk ke dalam rumah itu.

"Ish..apesal la bersepah sangat rumah ni,."menggeleng kepala mazlan melihat keadaan dalam rumah yang bersepah-sepah.

Akhirnya dia memutuskan untuk membantu mengemaskan saja rumah kedua orang tuannya tanpa menunggu mereka pulang,.

Mazlan menggunakan seluruh kudratnya untuk mengemas serta menghias rumah itu sehinggalah dia terlelap apabila rumah telah siap cantik di kemas olehnya seorabg diri.

"Lan..lan..bangun nak,.."kedengaran suara wanita tua memanggil nama mazlan.

Mazlan membuka matanya dan apabila melihat ibu dan ayah nya dia bingkas bangun dari kerusi panjang di dalam rumah itu.

"Mak,..ayah..lan rindu sangat mak dan ayah..lan minta maaf sebab lama tak pulang,lan kerja tak cukup masa,sekarang bila dah stabil lan dah dapat cuti panjang" terang lan panjang lebar..

Lega hatinya melihat kedua ibu bapanya sihat walafiat.

Malam itu mereka anak beranak bercerita hingga ke subuh..

Keesokkan paginya,mazlan bangun dari tidurnya,.

"Assalamualaikum,..maafkan pakcik nak .."

Terkejut mazlan melihat jirannya pak hamid berada di dalam rumahnya.

"Waalaikumussalam pakcik,.ya ada apa pakcik?"soal mazlan kehairanan..

"Kenapa kamu tak balik dulu?"soal pak hamid..

Argh time bangun tidur bila ada orang bagi soalan begitu memang boleh blur!

"Surat apa pakcik?soal ku ingin tahu

"Ada pakcik kirim kan dulu,surat dengan sampul coklat"jawab pak hamid ringkas.

Tak semena-mena aku teringat akan surat yang aku temui pada malam sebelum pulang ke kampung,mungkin itu yang di maksudkan oleh pak hamid.

Dia segera bingkas bangun mencari surat yang di sumbatkan di dalam beg nya itu.

Setelah menemui surat yang di maksudkan,mazlan kembali kepada pak hamid namun aneh!pak hamid sudah tiada di situ,mungkin pak hamid telah pulang tanpa di sedarinya tadi.

Dia membuka surat yang telah pun berada di tangan nya..

Setelah membaca isi kandungan di dalam surat itu..dia bagai tidak percaya apa yang tertulis di dalamnya..

"Assalamualaikum lan,.maaf pakcik tak sempat cari kamu pakcik hanya berkesempatan untuk menulis surat kepada kamu,.

Pakcik ingin beritahu yang kedua ibu bapa kamu telah meninggal dunia akibat lemas di sungai ketika banjir,harapan pakcik agar kamu dapatlah pulang ya..

Sekian,

Dari pak hamid "



Jatuh terduduk mazlan!terasa mahu pengsan pun ada!dia bagai tidak percaya!

Bukan kah malam tadi ibu dan ayahnya berbual dengannya hingga ke subuh??

Waktu itu juga mazlan memanggil-manggil ibu dan ayah nya namun tiada jawapan!

Mazlan memandu kereta ke rumah pak imam kampung nya,bagi nya mungkin dengan bertanya kan kepada tok imam dia akan lebih percaya..

Setelah bertemu tok imam dan menziarahi pusara kedua orang tuanya,mazlan pulang semula ke rumah..

Bagai kan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku ke atas arwah kedua orang tua nya dan juga kejadian tadi malam,
membuatkan dia terlena..

Pagi yang cerah,seakan hati mazlan sudah redha dengan apa yang berlaku,.

Hari ini dia memutuskan untuk tetap beraya di rumah peninggalan kedua orang tua nya.

Segala persiapan adalah secara sederhana saja kerana pagi raya kedua dia akan bertolak pulang semula memandangkan kedua orang tua nya sudah tiada.

Lebaran tiba akhirnya,selesai sembahyang raya,mazlan berkunjung ke rumah jiran tetangga nya dan rumah terakhir yang dia pergi adalah rumah pak hamid memandangkan pak hamid tinggal seorang diri sejak kematian isterinya dan mereka tiada zuriat.

Tiada juadah yang istimewa di rumah pak hamid,hanya kopi o dan juga sebalang biskut di sediakan dan mazlan amat faham dengan situasi pak hamid.

Sebelum pulang dia berpesan untuk datang beraya ke rumahnya dan pak hamid berjanji untuk datang pada malam hari kerana kepenatan.

Pada malam nya seperti di janjikan,pak hamid berkunjung ke rumah mazlan,sambil mazlan menyediakan juadah hari raya mereka bersembang lama,tak terasa sudah menjangkau ke lewat malam dan pak hamid pun meminta diri.

Keesokan pagi nya,mazlan sudah bersiap untuk pulang ke ibu kota tempat dia mencari rezeki dan meneruskan kehidupan.

Mazlan singgah di rumah pak hamid untuk memberitahu dia mahu pulang ke ibu kota dan dapatlah juga dia memberi sesen dua buat perbelanjaan pak hamid.

Mazlan pelik apabila salam nya tidak berjawab oleh pak hamid..

"Lan oii,..kau buat apa tu?"tiba tiba saja satu suara lelaki garau muncul di belakang nya..apabila di toleh baru dia tahu suara itu datang dari ismail  anak cikgu andak yang mana bapanya adalah gurunya semasa di tingkatan empat dan lima dulu.

"Oh kau ismail,.ni ha aki dari tadi panggil pak hamid,tak keluar keluar kemana pula dia,.."jawab mazlan kehairanan.

"Kau biar betul lan,.seram pulak aku,." Kata kata ismail menambah kehairanan mazlan

"Dah kau kenapa nak seram pulak?"soal mazlan

"Kan ke pak hamid dah meninggal dunia sebulan lalu,kau tak tahu ke?"jawapan dari ismail cukup menaik kan bulu roma mazlan!!

"Apa kau cakap ni??hari tu aku balik kampung ni dia siap bagi salam tau lepas tu semalam aku siap  beraya kt rumah dia ni,.sampai kan malam pak hamid lepak raya rumah aku,kau ni nak buat lawak cara lain lah "

Mazlan seperti tidak percaya kata kata ismail,.

"Kau nak percaya ke tak percaya ke,meh sini aku tunjukkan kubur pak hamid" ajak ismail bagi meyakinkan mazlan

Akhirnya mazlan percaya juga dengan kata kata ismail apabila melihat batu nisan di kubur yang tertera nama pak hamid.


Pelbagai kejadian yang pelik berlaku sepanjang mazlan di kampung,.

Kejadian aneh dan menyeramkan yang di lalui ketika berada di kampung sudah cukup untuk membuatkan dia demam setelah pulang ke ibu kota dan di beri pula cuti sakit oleh majikannya.

Begitu lah kisah seram raya yang di alami oleh mazlan.

Sebagai pengajarannya,kepada anak anak,walau sibuk mana pun kita jenguklah kedua orang tua kita,jangan sampai mereka sudah tiada baru nak menyesal.

Sesibuk mana pun kita mencari harta dunia,besar lagi harta yang di kurnia kan kepada kita iaitu insan bergelar ibu dan ayah..

Moga kisah ini bukan sekadar kisah tapi dapat membuatkan kita agar sentiasa beringat kewujudan ibu bapa kita sementara mereka masih ada.


Laman utama