M.E.W

Kisah Seram Banglo Mewah Chaterenes

Comments

Banglo Mewah Berpuaka itu perkataan pertama yang keluar dari mulut Harmex seorang lelaki yang baru berkahwin.

Kisah seram yang berlaku kepada diri dan keluarganya itu tidak akan di lupakan sampai bila-bila.




Harmex menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis yang bernama zetie yang di kenali sejak zaman persekolahan lagi.

Oleh kerana beliau sudah pun berkahwin,maka dia harus bertanggungjawab bagi menyediakan tempat berteduh,menjaga makan pakai kepada keluarga baru nya itu.

Harmex mencari rumah yang boleh di sewa dan pada akhirnya,dia tertarik dengan satu iklan sebuah banglo mewah tetapi di sewa pada kadar harga terlalu rendah!

Namun beliau tidak mengesyaki apa apa,mengapa banglo mewah tersebut terlalu murah di tawarkan untuk di sewa.

Inilah di namakan tuah,dengan gaji yang tidaklah berapa besar,tetapi dia mampu untuk menyewa banglo tersebut.

Harmex menghubungi nombor tertera pada iklan yang di lihatnya itu,selesai perbincangan dengan wakil yang menyewakan banglo tersebut,dia menghubungi isterinya untuk memberitahu berita gembira itu.


Gembira bukan kepalang Harmex dan isterinya,Setelah selesai urusan pembayaran deposit banglo mewah tersebut.

Lebih-lebih lagi zetie,kerana dia merasa cukup bertuah kerana dapat tinggal di banglo sebesar itu.

Dengan ruang tamu yang luas dan lengkap dengan perabot,Ruang bilik utama yang besar beserta 4 bilik lain,ruang dapur yang cantik,sudah cukup membuatkan zetie tidak sabar memulakan kehidupan baru di banglo mewah chaterenes tersebut.




Akhirnya,mereka berdua mula menduduki banglo itu dan pada awalnya tiada apa apa masalah yang timbul.

Sehinggalah,pada suatu hari isterinya zetie,mengadu kepadanya tentang,pakaian yang di keringkan di luar banglo itu bertebaran ke tanah dan ia berlanjutan selama beberapa hari.

"Mungkin angin kuat tu sayang,."hanya itu saja yang mampu di katakan kepada zetie


Suatu malam,sewaktu harmex pulang lewat kerana overtime ketika mahu parking kereta dia seperti terlihat kelibat pantas yang menyusup ke dalam banglo sewanya itu.

Harmex sentiasa berfikiran positif,mungkin dia kepenatan seharian bekerja lebih lebih lagi minggu ini dia harus bekerja lebih masa.

Sewaktu masuk ke banglo sewanya,harmex di kejutkan dengan satu kejadian yang mana dia merasakan badan nya tertolak ke belakang,seolah olah ada orang yang mahu keluar dari pintu rumah dan melanggar susuk badannya.

Akibat dari itu,harmex terjatuh,
perlahan-lahan dia bangkit dan segera menuju ke ruang bilik tidur utama banglo itu.

Di dalam bilik tidur mereka,mata harmex fokus kepada wajah isterinya,..tak semena mena Harmex ketawa terbahak bahak,..

Mengapa Harmex ketawa sampai begitu sekali??

Ini kerana,dia lucu melihat wajah isterinya yang penuh contengan gincu merah pada seluruh wajah isterinya,harmex mengejutkan isterinya.

"Abang dah balik?,maaf sy tertidur tadi lepas pakai bedak sejuk,.." ujar zetie sambil tersenyum,.

"Sayang,kalau ya pun mengantuk,tak kan lah sampai bedak sejuk bertukar jadi gincu,." Balas harmex sambil ketawa,lucu benar dia melihat wajah isterinya malam itu.


"Ish apa abang merepek ni?" Zetie tidak puas hati mendengar kata kata suaminya,dia bingkas bangun dan melihat wajahnya di cermin..

Terkejut besar zetie apabila melihat wajah nya penuh dengan contengan gincu merah di wajah mulusnya.


"Abang ni,habis muka saya tau,.mesti abang yang buat kan waktu saya lena tidur tadi??ujar zetie sambil mencebik bibirnya,.

"Abang pulak sayang ni,abang baru je balik,enjin kereta pun panas lagi sayang,.dah dah,.sayang tu penat sangat agaknya,tak pun mengigau kan,. Balas harmex sambil merangkul tubuh isteri kesayangannya itu.

Mereka langsung tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.

Hari ini,Harmex bercuti selama dua hari,dan masa yang ada semasa bercuti dia mahu menghabiskan dengan mengemas kawasan persekitaran banglo sewa mereka.

Sewaktu mencangkul tanah di tepi rumahnya,mata cangkul seperti tercangkul seperti objek yang keras,perlahan lahan harmex menggali untuk melihat apa yang ada di dalam nya.

"Tulang?tengkorak?? Apa benda ni??milik haiwan mungkin?" Bisiknya sendiri di dalam hati.

Harmex menjumpai beberapa tulang dan tengkorak kepala yang bersaiz kecil seakan akan milik haiwan seperti monyet atau kucing.

Dia mengumpulkan kesemuanya dan mencampakkannya ke tempat pembuangan sampah di belakang banglo.

Malam itu,secara tiba tiba harmex merasakan badan nya panas!! Dia hampir pitam namun di kuatkan dirinya,.

Zetie isterinya cukup risau dengan keadaan suaminya itu,mujur zetie pandai memandu kereta dapat juga dia segera membawa suaminya ke klinik bagi mendapatkan rawatan segera.

Pada waktu tengah malam,harmex berasa resah dan gelisah,
telinganya terganggu dengan bunyi bising seperti suara kanak kanak,.

Adakalanya suara itu kedengaran menangis,adakalanya menjerit dan adakalanya meraung raung!

Isteri harmex juga mendengarkan benda yang sama!

Mereka berasa pelik dengan keadaa itu,sedangkan banglo mewah yang mereka sewa itu terletak di atas bukit,sangat privacy tempat itu,nak kata rumah jiran lain,lebih kurang 700 meter,tak kan lah bunyi suara yang mereka dengari tadi datang sejauh itu??

Mereka runsing memikirkannya,dan zetie menjadi semakin lebih panik apabila dia seperti terdengar bunyi ketukan pintu berkali kali dan lenyap,ia berlaku beberapa kali,.

Dia mendengar bunyi ketukan pintu dari arah pintu utama,dan apabila di intainya ke bawah dari bilik utama banglo itu,memang tiada sesiapa pun!

Jam menunjukkan sudah ke angka 1.30 am.

Kali ini lebih teruk apabila mereka suami isteri mendengar pinggan dan gelas kaca pecah dari arah dapur banglo sewa mereka.


Hati mereka sudah mulai gusar dan takut!!

Bukan setakat bunyi pinggan pecah,malah kedengaran bunyi cakaran dari arah luar bilik!!

Kini mereka tahu bahawa banglo yang mereka sewa itu sebenarnya berpuaka!

Mereka hanya duduk diam saja tanpa berkata apa apa,.setiap kali kedengaran bunyi yang aneh,semakin kuat genggaman tangan mereka.


Akhirnya,harmex dan isterinya tertidur dalam ketakutan.


Siangnya mereka suami isteri bersiap siap untuk pulang ke rumah ibu bapa  zetie,untuk menceritakan hal yang berlaku pada malam semalam.

"Ayah sudah duga,.ada yang tidak kena dan merasa pelik dengan harga banglo semewah itu tetapi hanya di sewakan pada harga yang terlalu murah.." kata bernard ayah kandung zetie setelah mereka suami isteri sampai sedari tadi.

"Jadi ayah,apa yang harus kita lakukan?soal harmex kepada bapa mertuanya itu.

"Jangan risau ayah akan usahakan dengan meminta bantuan dari kawan ayah,kita ikhtiarkan,."balas bernard.

Dua hari selepas itu,harmex dan isteri membawa ayah dan ibu mereka bersama rakan ayahnya untuk melihat banglo yang telah mereka sewa.

Setibanya mereka di banglo itu kawan ayah mereka meninjau ninjau kawasan dalam dan persekitaran banglo itu.


"Ada sesuatu di banglo ini,malam ini aku akan mulakan upacara untuk menyelesaikan masalah itu"hanya itu sahaja kata kata yang keluar dari mulut marvan lelaki Marvin seusia ayah zetie.

Pada malam itu,mereka membiarkan Marvin melakukan upacara yang ingin dilakukan dan di beritahu ketika siang tadi.

"Kamu semua jangan keluar dari bilik sehingga aku panggil,
faham!apa pun yang berlaku jangan keluar dari bilik kamu"arah marvin kepada harmex dan isteri serta ayah dan ibu mereka,mereka akur dengan arahan tersebut.

Jam lebih kurang 12 tengah malam,dari luar banglo itu kelihatan angin bertiup kencang!!

Sesekali kedengaran bunyi hentaman yang kuat dari atas atap banglo itu!!

Bermacam macam bunyi kedengaran dan mereka semua hanya diam terpaku.

Lebih kurang jam 2 pagi kedengaran suara marvin yang sudah serak serak basah memanggil mereka semua yang ada di dalam bilik,.

"Kalian harus menghubungi pihak berkuasa sekaran,.." arah marvin sambil tangannya mengurut-urut dadanya.

Tanpa banyak soal harmex segera menelefon pihak berkuasa terdekat.


Akhirnya terjawab segala persoalan,apabil marvin menceritakan bahawa banglo itu di hantui oleh roh kanak-kanak !

Jika mengikut rekod,dahulu tuan asal punya banglo mewah itu memang mempunyai seorang cahaya mata.

Namun secara tiba tiba kanak kanak itu di dapati hilang! Ayah kanak kanak lelaki itu benar benar sedih akan kehilangan satu satunya anak kesayangan yang dia ada.

Setahun selepas itu,ayah kanak kanak itu di jumpai lemas di sebuah pesisir pantai.

Maka tinggal lah isterinya seorang diri,dan pada akhirnya,isteri mendiang telah meninggal kan banglo mewah ini.

Maka terbongkar kes pembunuhan kanak kanak lelaki yang di bunuh dan di tanam mayat nya di tepi banglo itu,apa yang harmex pegang tempohari sebenarnya adalah rangka dan tengkorak kanak kanak lelaki terbabit.

Polis menjalankan siasatan dan hasilnya puan chaterena telah berjaya di tahan akibat membunuh anaknya sendiri kerana mahu segera harta suaminya.

Setelah misi membunuh anak kandungnya itu,dia harus membunuh suaminya dengan cara memberikan pil tidur dan di tolakkan suaminya ke dalam laut.

Dan selepas kematian suaminya,
maka segala harta telah menjadi miliknya.

Paling mengejutkan,Puan Chaterena mengakui segala kesalahan dan dia juga mengakui bahawa dia tidak pernah mencintai suaminya itu.


Kisah seram banglo mewah chaterena berakhir,manakala harmex dan isterinya telah berpindah ke tempat lain.

Sehingga kini,banglo Chaterena terbiar kosong tanpa penghuni.

Anda ada kisah menarik yang ingin di kongsi dan di paparkan?sila email kepada admin : enquireohpilihanku@gmail.com

DILARANG SAMA SEKALI COPY PASTE SEGALA ARTIKEL DI DALAM BLOG INI,KECUALI SHARE DENGAN LINK ARTIKEL,
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA,AMAT KAMI HARGAI.


Laman utama