M.E.W

Kisah Seram Gadis Misteri

Comments

 

Pernahkah anda mengalami detik yang paling menyeramkan dalam hidup?apakah perasaan anda apabila mengalami situasi yang menyeramkan itu?untuk episod kisah seram kali ini,kami berkongsi kisah seorang pemuda berusia awal 20 an yang telah mengalami detik paling menyeramkan dalam hidupnya,apakah yang telah di lalui oleh pemuda berasal dari negeri kelantan darul naim ini?sama sama kita hayati kisah Seram Gadis Misteri yang di alami oleh haikal.

 

kisah seram mediaewriter

 

Selepas menamatkan pengajian di sebuah kolej,Aku pulang ke kampung halaman di kelantan,hampir berbulan-bulan juga aku di kampung,berkali-kali aku mencari ruang pekerjaan yang sesuai denganku,namun tiada rezeki ku barangkali,suatu hari aku mencuba mengisi borang iklan pekerjaan secara online,Alhamdulillah selepas beberapa hari ada maklum balas yang positif telah aku terima,gembira tak terkata!manakan tidak sudah lama aku mengidamkan untuk bekerja di kotaraya besar Kuala Lumpur.

Hari yang di nantikan telahpun tiba,aku pergi ke kuala lumpur dengan motosikal kesayanganku yang di hadiahkan oleh kedua orang tuaku,di sana aku tidak menghadapi masalah,kerana ramai rakan sebayaku bekerja di sana,dan sebelum pergi aku telah pun menghubungi man dan rakan yang lain untuk menumpang di rumah sewa mereka sementara gaji dan sehingga aku mendapat bilik sewa yang lain.

Aku melangkah masuk ke sebuah syarikat import eksport terkemuka yang telah menerima aku bekerja di situ,walaupun jawatanku biasa-biasa saja namun gaji yang di tawarkan amat lumayan,di tambah ada potongan kwsp dan epf,itu yang paling utama untuk masa hadapan,Bermula Lembaran baru dalam hidup aku,aku bekerja sepenuh hati dan penuh keihklasan,aku amat gembira dengan kerja yang aku lakukan ini.

Sedar tak sedar 5 bulan berlalu,syukur Alhamdulillah,dengan gaji yang aku terima aku dapat mencari bilik sewa baru dan menghantar sedikit wang perbelanjaan di kampung buat ibu dan ayah serta adik adik.

Suatu hari ketika aku pulang bekerja,mataku tertumpu pada satu susuk tubuh seorang gadis dalam lingkungan usia awal 20 an,berambut panjang lembut,berbaju kurung kuning,sungguh cantik sekali.

Gadis itu yang ku lihat berada di dalam pondok menunggu bas,oleh kerana dia berada di tempat menunggu bas,maka aku abaikan saja dan meneruskan kembali perjalanan pulang ke bilik sewaku.

Hari kedua dan hari seterusnya,aku masih terserempak dengan gadis cantik itu,adakah di sudah berpunya?jika belum aku mahu masuk line,.hehe,."bisik ku sendiri di dalam hati,maklum sajalah aku tengah single,dan gadis ini pula sudah beberapa kali aku terserempak di tempat yang sama,adakah ini jodohku?

Entah bagaimana suatu hari aku memberanikan diri untuk memberhentikan motosikalku lalu menegur gadis tersebut,.

"Hai awak,saya haikal,dari hari tu saya lihat awak di sini,baru balik kerja ya?sapa ku tanpa segan silu,.

Fuhh,.cantik sungguh gadis ini dari dekat,memang cair beb!!

"saya ayu,ya saya balik kerja dan sedang tunggu bas" balas gadis itu ringkas sambil  menghadiahkanku sebuah senyuman manis.

Bermula dari hari itu,semakin hari,aku cuba untuk mengenali gadis bernama ayu itu,hatiku mula berbunga-bunga,masakan gadis secantik ayu,sopan santunnya tiada lelaki yang terpikat.

Walaubagaimana pun aku harus memenangi hati ayu dahulu,tapi,..aku tak punya kereta untuk ajaknya kemana mana,paling tidak pun belanja ayu makan,hendak ajak naik motorku?ohh,.aku rasa kurang manis,memang sejak dulu lagi ibu dan ayah sentiasa berpesan jangan ajak anak dara orang naik motor jika tiada ikatan yang sah!

Suatu hari,aku mendapat idea,.ya!idea yang aku kira cukup bernas sekali..

"Hai,mana motor awak?" tanya ayu sewaktu melihat aku berjalan kaki menuju ke pondok bas tersebut,

"motor rosak hari ni,tu yang naik bas"balas ku,takkan aku hendak beritahu motor ku ada di bawah pokok seberang jalan sana,ini lah masanya untuk aku dapat lebih masa untuk mengenali ayu,.

"nampaknya,awak kena naik bas lah hari ni"usik ayu yang sedang duduk sopan di bangku menunggu bas di hadapanku.

"nampaknya begitulah ayu,eh!awak dah makan belum?"soal ku ingin tahu,kalau belum,boleh lah aku ajak ayu pergi makan dulu sebelum pulang,.lagipun gerai makan tak jauh dari pondok menunggu bas ini.

"belum lagi awak,biasa balik rumah baru masak,maklum lah tinggal bujang,.hehe"..jawapan dari ayu membuka peluang untuk aku makan bersama ayu malam ini.

"apa kata hari ni saya belanja awak makan?lagipun saya bosan lah makan sorang,saya pun tinggal bujang,sewa bilik je di sini,."berdebar-debar sungguh hati aku ketika mempelawa ayu makan.

"betul ni awak nak belanja saya?tak menyesal??"soal ayu pula

"eh,betul lah cik ayu,saya kalau dah pelawa mesti belanja punya jangan risau,.heehe" balas ku,nampaknya ayu memberi lampu hijau

maka setelah itu aku dan ayu,berjalan menuju ke sebuah gerai berdekatan,.

Sambil berjalan,kami berbual,apabila tiba saja di gerai makan tersebut,semua yang makan di situ memandang kami berdua,hai,.susah berjalan dengan orang cantik ni,banyak mata yang memandang,.

Setelah menunggu beberapa minit,pesanan makanan dan minuman yang di pesan oleh kami tadi pun tiba,.

"Bang,banyak nya abang makan?"tiba-tiba sahaja soalan itu keluar dari mulut pekerja gerai itu,aku hanya mendiamkan diri,dalam hati aku,mee goreng yang ku pesan tadi cuma sepinggan,sama macam kedai makan yang lain,ayu pula pesan nasi goreng,.Menurut ayu dia memang gemar makan nasi goreng,jika di rumah,hidangan nasi goreng menu utamanya setiap hari.

Selesai makan,aku menghantar ayu kembali ke pondok menunggu bas,ayu bernasib baik,kerana sampai sahaja di situ bas ke destinasi ayu pun tiba,.

"Terima kasih awak belanja saya makan hari ini,saya balik dulu tau,."ucap ayu memberi ucapan berterima kasih kepada ku,.

"Dik,tak nak naik ke?tiba-tiba pemandu bas yang berhenti di hadapanku menyoalku

"Tak bang,saya hantar kawan saya je ni"balas ku

Wajah pakcik pemandu bas itu menunjukkan kehairanan,sebelum menekan pedal minyak dan berlalu pergi dari pondok menunggu bas itu.

Begitulah rutin ku selama lebih kurang sebulan,cuma bezanya aku tidak menipu ayu lagi,aku parking motor di sebelah pondok menunggu bas,semata-mata untuk makan di gerai bersama ayu,.

Hari Demi Hari mula terbit perasaan cinta ku terhadap ayu,.Dan aku akui aku dan ayu menjadi bertambah rapat,banyak perkara yang kami kongsikan bersama,tetapi kasihan sungguh aku terhadap ayu,menurut ayu,dia telah terpisah dengan ibu bapa kandungnya,sehingga kini dia masih tidak dapat bertemu lagi dengan kedua orang tua nya.

Suatu hari,ayu bersikap pelik,..dia tidak seperti biasa,.

"Awak,.hari ni saya tiada selera lah hendak makan"luah ayu,.

"kenapa awak?awak tak sihat ya?"soalku ingin tahu,kebiasaannya dia gembira untuk pergi makan bersama.

"sebenarnya,..saya ada benda nak cakap dengan awak,."kata-kata ayu menimbulkan banyak persoalan di fikiranku.

Adakah ayu ingin memberitahu bahawa dia sudah berpunya?oh tidak!aku memang tak boleh dengar itu semua,.

"saya rasa cukup sampai di sini perkenalan kita,.kita tak boleh bersama atau bersatu,."ahh!!jawapan dari ayu ini membuatkan apa yang aku fikirkan bahawa dia sudah berpunya sudah semakin jelas,..

"Tapi kenapa ayu?secara tiba tiba begini??"soal ku ingin tahu lebih lagi alasan yang akan di berikan oleh ayu,dan aku harus bersiap sedia dengan jawapan dari ayu itu!

"awak pernah lihat pelangi?cantik dan di puja kebanyakkan orang,namun apakah kita boleh menyentuhnya?" balas ayu,.

Aduh,,.bermadah pula dia,hati aku bagai nak remuk dia boleh pula bermadah!

"saya tidak faham,apa yang awak cakap kan ni,." ujar ku yang sedang dalam situasi kebingungan.

"Baik,.saya nak awak pejamkan mata awak,dalam kiraan tiga,pandanglah ke arah saya,..segalanya akan jelas"

aku hanya mengikuti arahan ayu walau aku tahu itu lah perkara terbodoh untuk aku lakukan,.

pada kiraan ketiga,........

Aku membuka kelopak mataku perlahan-lahan,....

Namun,...

apabila mataku terbuka,..

MASYAALLAH!!! ALLAHUAKBAR!!!,....................................

Bagai nak gugur jantung aku apabila di hadapan ku kini bukan lagi ayu tetapi adalah wanita yang ku kira sudah berusia dalam lingkungan 80 an!!!

Dalam situasi penuh kejutan itu,pandangan ku rasakan gelap sekali,.....

Apabila aku tersedar dan membuka mata,..

"Bang,saya ni, pekerja gerai makan abang ingatkan?,.kami lihat abang terjerit jerit dan pengsan di pondok bas sana tadi,itu yang kami bawa abang kemari,."penjelasan dari pelayan gerai makan itu membuatkan aku menyedari bahawa aku tidak sedarkan diri tadi.

Mulutku masih membisu seribu bahasa,lidah ku terlalu kelu untuk berkata-kata,.setelah kejutan besar yang aku tempuhi tadi.

"Pakcik dah lama lihat anak ni bercakap sorang-sorang bila anak datang ke gerai pakcik ni,.tapi pakcik dah dapat agak dah,."kata kata pemilik gerai makan itu terhenti seketika,.lalu di sambungnya kembali seusai dia memberikan segelas air masak kepadaku,memang waktu itu tekakku berasa amat dahaga!

"Sebelum ini pernah juga berlaku kepada dua orang anak muda yang lain,,macam anak juga,datang gerai pakcik,cakap sorang-sorang,tapi pakcik tahu ada "benda"bersama  kamu,."jelas pakcik itu lagi.

"maksud pakcik?soal ku,dek kerana ingin tahu,maka aku ku lontarkan juga suara walaupun terasa berat,.

"Apakah yang bersama anak itu,namanya ayu??"soal pakcik itu kembali

"ya betul pakcik,ayulah namanya,.tapi tadi ,.."belum sempat aku menghabiskan kata-kata,pemilik gerai makan itu memintas kata-kataku,.

"tak mengapa pakcik sudah tahu,.dari pengalaman dua orang pemuda yang lain yang pernah melalui situasi sama seperti kamu ini,kamu telah bertemu dengan bunian sebenarnya!memang ramai yang kata di bawah pokok ara belakang pondok bas itu,agak "keras" dan apabila terjadi lagi kejadian yang sama ini,maka pakcik pun terpaksa meminta bantuan orang yang arif tentang benda ini  untuk menghentikan gangguan dari "penunggu pohon" ara itu,dan mereka memutuskan untuk menebang pokok ara tersebut,."sungguh panjang lebar pemilik gerai makan itu menjelaskan segalanya kepadaku.

Kini barulah aku faham,ayu gadis cantik yang bertukar rupa menjadi wanita tua itu adalah bunian atau penunggu pohon ara di belakang pondok menunggu bas itu,Meremang bulu roma aku setiap kali aku terimbas kembali pengalaman ini!

Itulah pengalaman seram yang tak mungkin dapat  aku lupakan sampai bila-bila,.

Pengalaman bertemu gadis secantik ayu dan bertukar menjadi wanita tua sungguh menggerikan bagiku,..

Dan sehingga kini,aku masih ada rasa trauma apabila melihat gadis atau wanita yang menunggu bas terutama di waktu malam,aku juga berharap agar aku dapat mempertingkatkan tahap keimanan dalam diriku agar segala ketakutan ini berlalu pergi,..

Laman utama